Pengedar Shaklee Shah Alam

Pengedar Shaklee Paling Cun

Vivix Shaklee Penamat Derita Vertigo

Vivix Shaklee Penamat Derita Vertigo

“Ya Allah berilah kami kesihatan yang baik agar kami dapat melakukan kesemua ibadah kami dengan tenang dan selesa.” Antara doa hubby lepas kami solat berjemaah satu keluarga.

Bulan Jun 2017 saya hidap Vertigo dan dalam masa yang sama hubby saya di sahkan hidap pituitary gland tumor dalam otak.

Kesihatan kami yang dulunya aktif kini keduanya lemah sama sekali. Hubby perlukan sokongan saya. Saya juga perlukan sokongan dan kekuatan dari hubby.

Ikhtiar berubat dah pelbagai usaha. Jumpa doktor pakar, rawatan alternatif namun masih belum di izinkan Allah kami pulih.

Doktor kata kalau lambat buat pembedahan, tumor hubby akan himpit saluran mata dan boleh menyebabkan buta. Baru saya noticed patutlah hubby selalu tak nampak kereta keluar dari arah sisi tepi. Rupanya tumor tu dah mula nak menghimpit saluran mata.

Bulan Ogos 2017 hubby terpaksa buat pembedahan Pituitary Gland Tumor. Saya kuatkan semangat datang jumpa hubby ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) walaupun sebenarnya keadaan kesihatan saya masa tu masih tidak sihat.

Orang Vertigo ni pandangannya sentiasa berpusing. Paling teruk bila dah mula muntah. Muntah bukan sikit-sikit. Sekali muntah habis semua makanan dalam perut dimuntahkannya. Terus badan rasa kering. Bila badan kering mulalah tak bermaya. Jalan pun terpaksa berpaut.

Mak dah berapa kali nak ikut temankan saya ke HKL tapi saya kesian kat mak. Sebab anak-anak ni bukan boleh tahan lama duk di Hospital. Lagi pun diorang tak boleh masuk pun dalam bilik ICU. Jadinya anak-anak saya minta mak tolong jaga di rumah.

Kuasa Allah dalam saya sakit-sakit tu ada juga kekuatan yang Allah beri dapat juga lah jalan perlahan-lahan jumpa hubby di bilik bedah.

Allah sebaik perancang, pembedahan hubby yang sepatutnya mengambil masa 8jam di mudahkan Allah selesai dalam masa 4jam. Alhamdulillah asbab berkat doa dari keluarga, saudara dan sahabat handai.

Doktor cutikan hubby dari bekerja selama 6bulan. Jadi semua urusan pejabat hanya guna video call sahaja. Saya pun cuti bekerja jaga hubby di rumah Melaka.

Masih segar dalam ingatan pada hujung bulan November 2017 ada perkara penting saya kena pergi ke ofis. Hubby agak keberatan bagi saya pergi sebab vertigo saya masa tu paling teruk sekali.

Disebabkan perkara tu penting hubby yang baru 3bulan rehat di rumah bawa juga saya ke ofis. Saya dipapah hubby, anak-anak berjalan dan naik tangga ke ofis. Sedih sangat waktu ni sebab korang bayangkanlah “orang sakit tolong orang sakit.” 😭😭

Hari yang sama saya wasap ke family saya minta mak dan adik beradik doakan kesihatan saya. Abang saya yang sulung Musa Mohd Kassim wasap saya personal. “Cuba usahakan Vertigo tu dengan Vivix. Abang tengok ramai testimoni Vivix asbabnya tu berjaya sihat.”

Saya mulanya tak percaya supplement ni. Macam mana supplement boleh membantu. Kalau ubat tu percaya lah juga. Bulan December 2017 hubby suruh saya usahakan juga dengan Vivix tu.

Mula ambil Vivix tu badan saya rasa lemah sangat dan asyik terbaring je. Kerja rumah masak memasak hubby dengan anak-anak yang bantu. Sedih rasa diri ni tak dapat buat apa-apa untuk keluarga. Nak bergerak pun kena minta bantuan hubby.😭

Selepas seminggu dan belum habis pun sebotol Vivix yang saya minum tiba-tiba saya boleh bangun dan buat kerja harian seperti biasa.

Ya Allah! gembiranya saya. Syukur alhamdulillah. Tq Allah. Betapa nikmatnya dapat sihat kembali sahabat-sahabat.😍

Kegembiraan ni saya kongsikan dengan hubby. Saya hadiahkan hubby vitamin C dan alhamdulillah selepas 6bulan rehat doktor maklumkan luka dalaman otak hubby sudah pun kering dan mata hubby boleh fokus seperti normal. Alhamdulillah dah boleh drive kereta seperti biasa.😊

Inilah shaklee effect saya dan hubby. Semenjak dari tu pengambilan VIVIX dan VITAMIN C menjadi keperluan nutrisi harian kami.

Sedikit renungan buat kita semua.

“SOMETIMES, ALLAH ALLOWS ILLNESS SO WE CAN TAKE BETTER CARE OF OURSELVES.

SOMETIMES, ALLAH TAKES EVERYTHING AWAY FROM US SO WE CAN LEARN THE VALUE OF EVERYTHING HE GAVE US.

MAKE PLANS BUT UNDERSTAND THAT WE LIVE BY ALLAH’S GRACE”

Sekiranya sharing post saya ni membantu saudara atau sahabat-sahabat yang hidap Vertigo dan pituitary gland tumor saya izin sharekan post ni.

#SharingIsCaring
#ShakleeEffect
#TestimoniVivixDiriSendiri
#Vivix
#MinumanBotani1001Khasiat
#iReachLYLG4

Kredit to: Natzrah Mohd Kassim

Leave a Reply

Open chat