PENGEDAR SHAKLEE SHAH ALAM

Pengedar Shaklee Paling Cun

Tips Jaga Kulit

Tips Jaga Kulit

Ramai sebenarnya wanita kat luar tu yang ambil mudah bab jaga kulit ni. Dorang rasa macam leceh lah.
Aihh siapa kata leceh. Meh iols nak share 7 tips mudah untuk uols.

1- Minum air secukupnya dalam 2liter sehari. Minum air masak tau. Bukan air manis. Air suam lagi elok. Bonus, kita tak sembelit dan proses detox berjalan lancar.

2- Cuci muka dengan pencuci muka 2-3kali sehari. Persekitaran kita terdedah dengan udara tercemar dan panas kering. At least kita cuci muka tu, muka tampak bermaya dan menghilangkan kotoran yang kita tak sedar melekat di muka.
Tak percaya?
Cuba jangan basuh muka seharian, dan esok amik satu cotton pad, basahkan sikit, tonyoh kat muka. Komfirm hitam ok.

3- Sebelum tidur muka kena bebas make up tau. Bila kita tidur, satu badan kita rehat. Biarkan kulit kita bernafas bebas. Nak sapu krim malam lagi elok.

4- Buat skrub seminggu sekali. Cari produk skrub yang ada biji halus je tau. Jangan kasar sangat. Rosak muka kita.
Tak ada skrub?
Lenyekkan Vitamin C dengan Alfalfa je pun ok. Dijamin puas hati.

5- Guna pelembap setiap masa.
Kalau lepas solat tu tak nak touch up make up pon takpe. Asal tepek moisturizer. Tak la rasa togel sangat muka.

6- Krim SPF.
Tak kira bekerja di pejabat atau duduk rumah saja. Krim SPF penting untuk elak jeragat ketika di mamah usia.
Duduk rumah pon kena pakai ke?
Ehhh, opkos. Takkan duduk rumah uols tak sidai kain kat luar?
Kena juga matahari kan?

7- Kalau kita ada jerawat, jangan la picit. Kalau picit nanti ada parut dan ada kesan hitam. Nak pulih dari kesan tu, mak aih. Makan tahun.
Simple je tips kan? Kalau uols tak sayang wajah tu siapa lagi nak sayang kan.

Leave a Reply

Open chat