PENGEDAR SHAKLEE SHAH ALAM

Pengedar Shaklee Paling Cun

Teknik Softselling Shaklee

Teknik Softselling Shaklee

Salah satu teknik menjual yang berkesan diberi nama teknik Soft selling.
Teknik soft selling merupakan satu teknik pendekatan “jual dalam diam”..

Tujuan utama teknik ini sama sahaja dengan teknik Direct selling iaitu, MENJUAL. Tapi, dalam konteks Direct Selling anda seolah-olah memaksa pembeli untuk membeli dari anda.
Contoh Hard Selling:

➨ “Jualan Penghabisan Stok! Dapatkan produk x dengan harga 50% diskaun”
➨ “Jom dapatkan produk z yang boleh membantu anda kurus dalam masa 3 hari sahaja”
➨ “Untuk 30 orang terawal, dapatkan periuk x Percuma dengan pembelian produk y”

Begitulah Hard selling. Anda boleh lihat, ayat iklan berbentuk ini secara langsung memaksa sesiapa yang melihat iklan mereka untuk membeli produk mereka dengan memberi tawaran hebat..
Berbeza dengan Soft selling, anda menjual tetapi secara tidak langsung kepada mereka yang melihat iklan anda.

Teknik ini sebenarnya digunakan untuk membangkitkan ‘Curiosity’ atau sifat ingin tahu mereka yang melihat atau membaca ayat iklan anda..
Ayat iklan untuk soft selling ni kelihatan sangat mudah tetapi pada masa yang sama mampu menjual dengan laku keras! Bagaimana caranya?
Lihat contoh di bawah..

Situasi: Kak Zah merupakan penjual periuk Z dan pada masa yang sama, kak zah juga
pengguna setia periuk Z yang mantap. Kak Zah update statusnya di FB
” Tadi baru lepas beli periuk Z..Balik rumah je terus guna untuk masak dan yang bestnya, periuk Z ni tak melekit langsung bila masak dan nak bila nak basuh pun senang je nak tanggal minyak2 kat permukaan periuk tu…Terbaiklah periuk Z! Tak nyesal belanja RM 50 untuk periuk berkualiti ni..”

Berdasarkan ayat di atas, sesiapa sahaja yang membaca status kak zah berkemungkinan akan tanya:
Cik Siti: Ai Kak Zah, mcm best je? Beli kat mana tu?
Maimon: Nak jugak!
Musalman: Erm, isteri saya pun tengah cari gak periuk macam ni, kak Zah beli katne?
Zizi Cutiee: Belikan saya satuu!

Anda dah faham sekarang? Teknik ayat iklan Soft selling ini bertujuan untuk meningkatkan
sifat ingin tahu prospek produk anda dan secara tidak langsung memudahkan anda mendapat jualan..
Contoh lain ayat iklan Soft Selling:

“Bulan lepas baru beli al-quran digital y, pastu bagi kat anak bongsu, si Adam yang baru 7 tahun..hadiah hari jadi. Tapi tak sangka pulak hadiah tu dah menyebabkan Adam ni makin minat mengaji al-quran! Ke mana je (kecuali tandass..) dia pegi mesti dia bawak al quran digital tu sekali…Alhamdulillah..Seronok tengok Adam yang dah lancar baca al Al quran sekarang ni..”
Begitulah contoh ayat iklan Soft Selling..
Tapi, anda tak perlu terikat dengan contoh di atas ya..itu cuma contoh sahaja. Anda boleh cuba hasilkan ayat iklan yang lebih baik selagi mana anda kekal menggunakan konsep “menjual dalam diam”…

Sebagai kesimpulan,
Antara elemen soft selling yang boleh anda gunakan:

Situasi yang santai(jangan over excited sangat!)
Benefit atau kelebihan produk/servis yang memudahkan kerja seharian anda..
Gaya bahasa yang ringan (tidak terlalu formal)

Anda rasa ianya bermanfaat? Anda boleh guna! Taknak guna pun takde masalah. Hanya perkongsian, bukannya arahan untuk anda ikutinya.

kredit : tips usahawan internet

Leave a Reply

Open chat