Supplement Shaklee Untuk Faraj Kering Bagi Wanita Muda, Hampir Menopause & Sudah Menopause

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Durex terhadap 1200 wanita di UK, 73% daripada jumlah ini mengatakan bahawa hubungan seks adalah menyakitkan.
Satu pertiga wanita juga menyatakan kesakitan ini akan menjejaskan libido mereka sementara 1 daripada 10 wanita menegaskan ia akan menjejaskan hubungan mereka bersama pasangan.
Tinjauan itu turut menjelaskan puncanya adalah disebabkan oleh faraj yang kering semasa melakukan hubungan intim.
Untuk pengetahuan anda, kira-kira 20 hingga 40% wanita yang berusia lingkungan 17 hingga 50 tahun akan mengalami masalah ini. Statistik ini menunjukkan bahawa bukan wanita lanjut usia sahaja yang akan mengalaminya. sumber
Vagina kering adalah masalah umum yang dialami wanita terutama mereka yang sedang menempuh fasa menopaus. Namun, dalam keadaan tertentu masalah vagina atau faraj kering turut dialami wanita muda.
Lazimnya, dinding vagina diselaputi lendir jernih yang bertindak sebagai pelincir. Hormon seks seperti estrogen membantu mengekalkan cecair berkenaan dan memastikan lapisan vagina sentiasa sihat, tebal dan elastik.
Ketika menopaus, penurunan kadar estrogen mengurangkan bilangan lembapan sedia ada dan menjadikan vagina menipis serta kurang elastik. Namun, penurunan hormon ini juga boleh berlaku disebabkan melahirkan anak, menyusu badan, rawatan radiasi atau kemoterapi, pembedahan membuang ovari dan penggunaan ubatan antiestrogen bagi merawat fibroid dalam rahim atau endometriosis.
Punca lain bagi masalah vagina kering juga boleh disebabkan oleh gangguan autoimun yang menyerang sel yang menghasilkan kelembapan dalam badan, alahan, kerap mencuci faraj dengan sabun atau bahan tertentu dan diabetes.
Menurut Perunding Pakar Ginekologi dan Reproduktif Pusat Pakar Wanita OBGYN Dr Sharad Ratna, wanita yang mengalami masalah kekeringan vagina akan mendapat simptom seperti pedih, gatal-gatal, rengsa, sakit ketika hubungan seks (dyspareunia), kerap kencing dan mudah mendapat jangkitan saluran kencing.
“Faktor penurunan kadar estrogen mempengaruhi hampir semua masalah vagina kering. Ini kerana, estrogen adalah hormon wanita yang berfungsi supaya vagina kekal sihat, membekalkan bahan pelincir semula jadi, memberikan keanjalan dan kadar keasidan.
“Oleh itu, kadar estrogen yang menurun mengganggu fungsinya dan menyebabkan berlaku ciri-ciri vagina atrofi. Selain pertambahan usia, kadar estrogen juga boleh menurun akibat mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol serta mengalami tekanan atau kemurungan.
Supplement Shaklee Untuk Faraj Kering Bagi Wanita Muda, Hampir Menopause & Sudah Menopause