PENGEDAR SHAKLEE SHAH ALAM

Pengedar Shaklee Paling Cun

Sakit Lutut

Sakit Lutut

Sakit lutut dan sendi kebiasaanya sering berlaku dikalangan orang tua-tua yang disebabkan faktor penuaan.. Sakit lutut dan sendi di kalangan orang yang telah berusia dipanggil Osteoarthritis iaitu sejenis sakit sendi yang disebabkan penuaan yang berlaku dalam sendi dimana permukaan sendi rawan semakin menipis dan cecair pelincir (Synovial) dalam sendi mula berkurangan. Ini akan mengakibatkan ruang sendi menjadi kecil di samping itu juga terdapat tulang baru yang tumbuh disekelilingnya

Bagi pesakit Osteoartritis ini, mereka akan merasa lega apabila sendi direhatkan dan rasa sakit bilamana sendi bekerja keras dalam melakukan aktiviti yang berlebihan.. Sebenarnya sakit lutut dan sendi ni bukanlah hanya berlaku dikalangan orang tua-tua sahaja, malahan ia juga berlaku dikalangan mereka yang masih muda akibat dari kecederaan lutut dalam melakukan aktiviti lasak seperti bersukan dan sebagainya.. Ada juga yang disebabkan oleh masalah berat badan yang berlebihan.

Apabila anda mengalami masalah sakit lutut dan sendi, anda akan mengalami simptom seperti bunyi ‘klik’ pada lutut akibat geseran pada sendi dan sendi akan terasa katat atau kaku akibat terlalu lama berehat contohnya seperti baru bangun tidur atau duduk yang terlalu lama.. Sakit lutut dan sendi ini mampu menyebabkan anda sukar berjalan. Paling bahaya jika anda menahan rasa sakit dalam tempoh yang lama tanpa sebarang rawatan. Ini boleh mengakibatkan berlakunya kerosakan kekal pada lutut dan lutut akan mula kehilangan fungsinya.

Punca Sakit Lutut Lenguh Badan

  • Penuaan – Semakin berusia, sendi-sendi tubuh semakin banyak digunakan dan makin mudah cedera.
  • Berat badan berlebihan – Orang yang mengalami kegemukan ataupun obesiti, menyebabkan sendi tulang terpaksa menahan beban yang lebih berat terutamanya pada lutut dan peha.
  • Penggunaan sendi berlebihan – Seorang atlit ataupun orang yang banyak bekerja menggunakan fizikal, mungkin terlalu kerap menggunakan sendi yang berkenaan dan menyebabkan sendi mudah tercedera.
  • Sejarah keluarga – Masalah sendi boleh juga berpunca daripada faktor genetik.
  • Otot lemah – Otot yang lemah yang mengelilingi sendi boleh meningkatkan risiko kecederaan sendi tersebut akibat sokongan yang lemah.
    punca-faktor-sakit-lutut

Kesakitan pada lutut dan sendi bukan saja mengganggu pergerakan tapi juga prestasi harian kita. Banyak aktiviti dan pekerjaan seharian yang boleh terganggu. Antara tanda-tanda biasa yang menandakan anda mengalami sakit lutut dan sendi adalah seperti ketidakselesaan contohnya susah bergerak atau rasa sakit, rasa kebas dan lenguh yang mengganggu serta fleksibiliti pergerakan seperti menyebabkan mudah jatuh dan sebagainya.

Vitamin Yang Membantu Menyokong Kesihatan Sendi Dan Lutut

Sekiranya anda tercari-cari supplemen untuk di berikan kepada diri anda dan juga mereka yang tersayang sebagai langkah menyokong kesihatan sendi yang berpanjangan,Shaklee ada menyediakan Set Vitamin Sakit Lutut Dan Sendi yang sangat-sangat membantu. cara-menghilangkan-sakit-lutut-dan-sendi

set sendi lutut shaklee

1) Vivix

Vivix mengandungi Resveratrol. Resveratrol boleh membantu;

1) Mengekalkan dan memperbaiki fungsidan struktur sendi.
2) Mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit berkaitan sendi.

Seterusnya mengekalkan penyelengaraan yang baik pada sendi normal juga memberikan perubahan yang lebih baik terhadap kesan fisiologi kepada sendi termasuklah faedah yang positif daripada segi;

– Kelebaran ruang sendi ( Joint Space Width On Radiographs)
– Pergerakkan
-Kekakuan (Stiffness)
– Ketidakselesaan sendi.

2) Omega Guard

Mengurangkan inflamasi,kerana omega guard adalah omega 3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Omega juga bertindak sebagai pelincir ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.

Kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada hanya mengambil glukosamina sahaja.

3) Ostematrix

Kalsium penting untuk kesihatan otot,tulang dan ligamen, manakala magnesium pula di perlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi.

Kajian menunjukkan pengambilan kalsium bukan sahaja membantu menguatkan tulang bahkan ia juga membantu mengurangkan gejala osteoporosis.

Testimonial Set Sendi Lutut Shaklee

vivix shaklee lutut kebas

cecair lutut vivix kolagen shaklee

alfalfa lutut

sakit lutut mak hilang dengan vivix shaklee

sakit sendi lutut

Cara Nak Beli Shaklee

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam.

Leave a Reply

Open chat