Pengedar Shaklee Elak Jadi Doktor Google

Pengedar Shaklee Elak Jadi Doktor Google

Assalamualaikum,
Lately kita dikejutkan dengan luahan hati seorang doktor bertauliah yang dah bosan jadi doktor sebab sekarang ramai sangat ‘doktor-doktor’ tak bertauliah yang dok menjual atau menjaja macam-macam ubat untuk sembuhkan macam-macam penyakit.
Bila saya baca, sebenarnya, ada kebenarannya luahan hati doktor tersebut. Sekarang ni banyak sangat benda-benda yang dijual di pasaran yang claim boleh merawat macam-macam jenis penyakit.
Pengedar-pengedar Shaklee sendiri bila cerita tentang produk, orang cakap kami ni bukannya ada medical background, tapi bercakap dah macam doktor. Tapi itulah hakikat yang perlu diterima oleh semua doktor, dengan teknologi yang ada, maklumat dihujung jari, orang biasa yang tiada latar belakang medical juga boleh belajar ilmu perubatan melalui internet.
Maklumat yang kita dapat juga daripada blog-blog yang ditulis oleh doktor bertauliah. Mana mungkin doktor boleh publish maklumat palsu. Dan saya pasti, para doktor juga mencari maklumat juga melalui internet. Sejak orang ramai mula sedar tentang kesan sampingan ubat-ubatan moden, semua orang mula mencari sesuatu yang berasaskan sumber semulajadi.
Ramai yang dah mula sedar dan tahu bahawa ASAS PERUBATAN yang sebenar ADALAH daripada MAKANAN. Even para doktor pun sekarang ni menekankan akan SELF-REMEDY terutama untuk kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun dan untuk sakit-sakit ringan.

FUNGSI SUPLEMEN

Sebagai pengedar Shaklee, saya tak pernah claim yang produk Shaklee ni untuk merawat penyakit itu dan ini. Produk Shaklee bukan ubat, tetapi hanyalah suplemen. Suplemen bukan pengganti makanan tetapi berfungsi melengkapkan khasiat yang tidak dapat dibekalkan kepada badan.
Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri.
Maka di sinilah suplemen atau makan tambahan memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh. tetapi pengambilannya juga mesti mengikut keperluan tubuh badan. Jangan pula jadikan suplemen itu sebagai pengganti makanan.

KAJIAN KLINIKAL

Dalam luahan hati doktor tersebut ada juga menyatakan ubat-ubat moden memerlukan ujian klinikal 15-20 tahun. Tapi ubat-ubat ajaib di pasaran tak de ujian klinikal pun, kesian pada orang yang menjual dan orang yang membeli. Mudah sangat percaya dengan benda-benda karut, terutama ubat MLM.
Sebab tu kita sendiri kene banyak membaca, kena banyak belajar tentang isu ini. Jangan percaya 100% kalau kita sendiri tak tahu. Tapi anda boleh percaya dengan Shaklee. 🙂 Satu-satunya syarikat pengeluar makanan tambahan di dunia yang melalui ujian klinikal bagi setiap produk keluarannya.
Shaklee adalah SATU-SATUNYA produk kesihatan yang melalui ujian klinikal, malah ia turut diuji oleh makmal pihak ketiga bagi memastikan mutu dan keberkesanannya terhadap kesihatan.
Sebab tu kalau anda perasan, banyak betul testimoni dari pengguna Shaklee tentang keberkesan produk ni. Salah satu produk Shaklee iaitu Nutriferon yang telah melalui kajian dan penyelidikan selama 40 tahun oleh Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima.
Beliau merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Selepas banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan nutriferon terbukti meningkatkan sistem pertahanan badan atau dipanggil immune system, akhirnya produk ini dipatenkan di bawah jenama Shaklee.

kredit: kam haryati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat