Kekayaan Sebenar Shaklee Ambil Masa Lama

Kekayaan Sebenar Shaklee Ambil Masa Lama

Kekayaan sebenar dibina pada tempoh waktu yang panjang.-Roger Barnett
.

“Kekayaan sebenar dibina pada tempoh waktu yang panjang” inilah kali kedua saya mendengar Roger Barnett bercerita tentang perkara yang sama di atas pentas tentang ilmu yang telah diajar oleh bapanya kepada beliau tentang ilmu perniagaan.
.

Baru-baru ini saya telah hadir ke majlis Shaklee Business Leaders Conference bertempat di Sunway Pyramid Convention Center. Ia merupakan kali kedua Roger berucap di pentas yang sama sejak kali pertama sewaktu National Conference pada tahun 2014. Oleh kerana saya gemar merakam video, maka saya perasan tentang point penting yang telah di sebut pada dua tempoh waktu yang berbeza itu.
.

Menurut Roger Barnett (Multi billionair yang juga CEO dan Presiden Shaklee Corp serta beberapa syarikat jenama terkenal dunia seperti Burberry Fashion) ,beliau sendiri mengambil masa kira-kira 30 tahun untuk akhirnya memahami erti sebenar kata- kata keramat dari mendiang ayahnya itu.
.

Ini kerana sebagai seorang bekas peniaga muda, beliau dahulu tidak bersetuju tentang idea bahawa kekayaan yang memiliki ROI (Return on Investment) yang lambat. Bagi beliau itu adalah idea yang outdated atau old school. Apatah lagi hari ini segala-galanya mahukan pulangan yang cepat.
.

Pelajaran subjek perniagaan di universiti juga mengajar ROI yang pantas adalah salah satu ciri utama dalam pemilihan jenis perniagaan dan pelaburan yang ingin atau patut kita ceburi. Tanya sajalah kepada kebanyakkan pelabur, dua perkara utama yang akan ditanya… 1) Berapakah kadar Pulangan pelaburan saya? 2) Berapa lama saya bakal dapat kembali ROI saya?
.

Berbeza dengan pandangan konvensional…

Bapa beliau George Barnett mengatakan, kekayaan sebenar adalah dibina dalam tempoh waktu yang panjang.

“Real Wealth are created over long term” – George Barnett

.

Ini dibuktikan oleh rangkaian perniagaan Shaklee. Syarikat yang telah diasakan oleh Dr. Forrest C. Shaklee itu telah dibina dalam jangka masa yang panjang. Misi dan visi Dr. Shaklee di sambung dan dikembangkan dari satu generasi kesatu generasi yang lain.

.
Lihat sahajalah banyak contoh perniagaan lain yang bersambung dari satu generasi kesatu generasi yang lain. Ada yang merupakan perniagaan keluarga dan ada juga perniagaan yang telah lama wujud tetapi diteruskan dengan latar belakang sejarah syarikat dan pemahaman visi dan misi pengasasnya seperti syarikat telekomunikasi Ericsson, Disney, KFC dan sebagainya.

.
Umpama menyemai benih pokok, ia mengambil masa dan usaha yang berterusan untuk dijaga sehingga menjadi sebuah ladang yang memberikan hasil yang banyak dan berterusan!! Sebuah ladang tidak mungkin terbina dalam masa sehari dua..
.

Konsep ini selari dengan apa yang telah diajar oleh atuk saya tentang perniagaan. “Start Business from Small”. Mulakan bisnes dari kecil. Dengan modal satu ringgit dapat keuntungan, kita kembangkan jadi dua ringgit dan seterusnya dengan tabah sehingga berjaya!.

.

Jangan sesekali mulakan perniagaan dengan wang pinjaman dari bank! Perniagaan tanpa Riba adalah jauh lebih kukuh walaupun ia mengambil masa yang lebih perlahan untuk maju. “dan begitulah cara para peniaga dan pedagang islam dahulu berniaga” kata guru saya Sheikh Imran Nazar Hussein dalam satu ceramah beliau di Malaysia beberapa tahun yang lalu.

.

Teguran saya kepada peniaga kita..
.

Ini adalah teguran ikhlas dari saya kepada rakan-rakan peniaga orang kita…

Kalau berniaga tu.. janganlah terlalu nak untung cepat…
Jangan terus nak Up branding..letak harga premium.. padahal kualiti produk hampeh… kebanyakkannya samada buat di kilang generics atau produk buat belakang rumah je… ayat copy writing je meletops.. bila barang dah sampai kat tangan baru tau kena tipu.

.

Begitu juga teguran saya kepada peniaga berbentuk perkhidmatan. Samada anda pengamal perubatan, ahli bikin muzik, sifu perniagaan online, jual makanan, pemandu teksi dan sebagainya… janganlah terus-terus nak charge mahal-mahal.

Sebaliknya tukar kepada misi untuk membantu customer kita menyelesaikan masalah mereka dengan keuntungan yang paling berpatutan, dan tidak menindas para customers.

Apatah lagi Islam mengajar kita agar perniagaan itu haruslah dijalankan atas dasar suka-sama suka, dan tidak ada sebarang penipuan dibenarkan (Annissa:29). Malah peniaga islam tidak dibenarkan menjual satu jualan yang memiliki aib , kecuali menjelaskan aibnya (H.R. Al-Quzwani)

.
Biarlah untung sikit, tapi lain hari dia datang lagi beli dari kita.

Selalunya orang lama-lama pemikiran dia begini..betul tak??

Menurut bekas lecturer saya dahulu… apabila customer kita sangat berpuas hati, mereka akan kongsikan dengan sekurang-kurangnya 5 bakal customers yang baru. Sebaliknya kalau mereka tidak berpuas hati maka ianya akan dikongsikan bersama atleast 10 orang yang lain.
.

Orang tamak selalu rugi. Sikit sikit lama-lama jadi bukit.

MKB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat