Herb-lax Shaklee

Herb-lax Shaklee

Herb-Lax Shaklee Mampu Bantu Atasi Masalah Sembelit dan Buasir

Sembelit dan buasir adalah dua penyakit yang berbeza, namun kedua-duanya berkaitan dan boleh sama-sama mengundang bahaya jika dibiarkan berlarutan.

Sembelit terjadi apabila seseorang mengalami kesukaran membuang air besar akibat najis yang terlalu keras. Sembelit boleh berlaku apabila seseorang memakan makanan yang kurang berserat atau fiber seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain itu, terlalu kurang minum air juga boleh menyebabkan najis menjadi keras dan sukar untuk dibuang.

Sembelit yang teruk boleh mengakibatkan buasir atau hemorroids. Apabila seseorang meneran dengan terlalu kuat, tekanan pada saluran darah pada bahagian dubur akan menyebabkan saluran darah mengembang dan menjadi gumpalan lembut di bahagian dalam atau luar dubur, atau kedua-duanya sekali.

Saya sendiri telah berjaya menyembuhkan sakit buasir yang dialami. Adik perempuan saya yang dalam pantang juga mengalami buasir akibat seringkali sembelit.

Selepas mengambil Herb-Lax, masalah sembelit mulai berkurangan. Jika sebelum ini, jarang ke tandas untuk membuang air besar, setelah mengamalkan Herb-Lax, ke tandas sekali sehari pada tiap-tiap hari, dengan pembuangan yang lebih selesa dan tiada sembelit.

Herb-Lax mengandungi gabungan 9 herba semulajadi terbaik dan terpilih seperti alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver’s root.

Herb-Lax membantu untuk detox iaitu menyingkirkan toksin, lemak, dan lendir yang melekat pada dinding usus anda, sekaligus membersihkan usus dengan sempurna. Dengan usus yang bersih, maka semua nutrien daripada makanan yang kita makan boleh diserap dengan optimum.

kalau ada yang mengalami sembelit dan buasir, jangan risau atau malu. Saya pasti Herb-Lax, mampu membantu untuk mendapatkan kesihatan sistem pencernaan dan pembuangan yang lebih sempurna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *