PENGEDAR SHAKLEE SHAH ALAM

Pengedar Shaklee Paling Cun

Elak Covid 19 dengan Vitamin C Shaklee?

Elak Covid 19 dengan Vitamin C Shaklee?

“Makan Vitamin C Shaklee ni baru boleh elak dari kena covid 19 “

Wah ! pernah terdengar baca statement ini.  berani nya mengaku macam ni. Salah tau. Makan Vitamin C Shaklee bukan bermakna 100% tak kena covid 19 ye. Bukan salah faham tu. Vitamin C bantu kuatkan sistem imun badan sahaja. dan sistem imun badan kita akan kuat lawan virus yang masuk. Tapi kita tetap berisiko untuk dijangkiti Covid19 walaupun makan berbotol botol Vitamin C . Cuba proses untuk sembuh mungkin akan lebih cepat . Sama macam selsema, demam.Semua ada risiko dapat . tapi makan vitamin C Shaklee membantu proses nak sembuh dari selsema, demam lebih cepat.

Patuh SOP walaupun dah makan Vitamin C Shaklee

dah makan Vitamin C bukan bermakna kita kebal sehingga boleh lawan SOP yang KKM tetapkan ye. Wajib ikut juga SOP itu. Vitamin C makan untuk bagi badan kita kuat, askar askar dalam badan kita bertenaga, sihat, kuat bersedia nak lindung badan kita dari virus jahat

 

 

26 Januari 2020: Kenyataan telah dikeluarkan di Orthomolecular Medicine News Service bahawa penyebaran wabak CoronaVirus COVID-19 (virus corona) yang mula merebak ke serata dunia boleh di kekang (samada dihentikan atau diperlahankan) dengan segera dengan pengambilan Vitamin C pada dos yang tinggi.

Berikut adalah cadangan nutrisi tambahan yang penting bagi menangani masalah jangkitan virus, contohnya seperti yang kita hadapi sekarang ini; Influenza dan CoronaVirus atau virus corona COVID-19:

  • Vitamin C: 3000mg setiap hari diambil secara berperingkat.
  • Vitamin D3 : 2000 IU setiap hari (mulai dengan 5000 IU untuk 2 minggu, kemudian disambung dengan 2000 IU setiap hari)
  • Magnesium: 400mg setiap hari
  • Zinc : 20mg setiap hari
  • Selenium : 100mcg setiap hari

Gabungan kelima-lima nutrisi tambahan tersebut telah terbukti dapat menguatkan sistem imun pertahanan badan untuk melawan jangkitan virus, termasuklah Influenza dan virus corona COVID-19.

Sebenarnya penggunaan Vitamin C pada dos tinggi untuk melawan virus sudah terkenal sejak 1940 (zaman melawan penyakit Polio). Namun hebahan mengenai perkara tersebut di media massa hampir tiada. Ramai yang tidak tahu.

Perkara penting perlu kita tahu ialah penggunaan Vitamin C pada dos tinggi untuk mencegah dan merawat penyakit berkait masalah pernafasan telah lama terbukti dan diakui pakar perubatan.

Artikel ini dikeluarkan oleh Orthomolecular.org Untuk lebih yakin, sila layari laman rasmi mereka; Orthomolecular.org di sini.

 

Peranan vitamin C dalam sistem imun

Vitamin C atau asid askorbik merupakan zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan yang sihat. Manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri, jadi ia perlu diambil daripada makanan seharian.

Kekurangan vitamin C dalam tubuh boleh menyebabkan masalah serius salur darah rapuh, tisu penghubung rosak, masalah keletihan dan boleh membawa kematian.

Namun sekarang, vitamin C sangat popular kerana orang tahu vitamin C boleh membantu sistem imun.

Sel imun mempunyai pembawa molekul aktif vitamin C pada membran sel untuk mengepam vitamin secara aktif ke dalam sel apabila vitamin diperlukan. Contohnya, ketika keradangan berlaku, sel perlukan vitamin C lebih banyak. Pembawa molekul ini akan memastikan jumlah aktiviti cukup dalam sel, mungkin lebih 100 kali lebih tinggi daripada darah. Inilah sebabnya kenapa vitamin C dalam darah menurun bila terdapat jangkitan.

Untuk fungsi imun yang optimum, ramai pakar mencadangkan pengambilan 1000mg vitamin C setiap hari dalam makanan harian.

Berikut adalah peranan vitamin C dalam sistem imun tubuh manusia :

1. Vitamin C sebagai anti oksida yang efektif

Antioksida adalah sangat penting untuk mencegah kerosakan pada sel akibat radikal bebas dan keradangan. Vitamin C adalah sejenis anti oksida dan ia boleh menderma elektron kepada sel yang tidak stabil apabila diserang oleh toksin dan persekitaran tercemar, contohnya asap rokok. Sebab itu perokok perlukan vitamin C yang lebih tinggi.

Selain vitamin C, vitamin A, vitamin E dan poilfenol tumbuhan juga merupakan antioksida penting untuk tubuh badan manusia. Berikan tubuh anda anti oksida yang mencukupi, sistem imun dapat berfungsi dengan lebih efisyen.

 

2. Vitamin C  dan fungsi sel darah putih

Sel darah putih adalah salah 1 sel imun dalam badan kita. Untuk menjalankan fungsi imun yang baik, sel darah putih bukan saja perlu banyak bilangannya, tapi juga perlu sihat dan berkualiti.

Sama macam askar kan? Bukan saja perlu ramai, tapi mestilah sihat dan sado.

Sel darah putih mengandungi 50 kali lebih tinggi vitamin C berbanding plasma darah.

 

3. Vitamin C dan antibodi

Selain bantu meningkatkan penghasilan sel darah putih, vitamin C juga membantu badan menghasilkan antibodi penting : iaitu protein yang menyerang microb dengan mengikatnya.

Kajian ke atas manusia menunjukkan vitamin C bukan sahaja mengurangkan tempoh selsema biasa, tetapi boleh mengurangkan rasa demam dan kesejukan.

Keberkesanan vitamin C dalam merawat gejala pneumonia sebenarnya telah pun dilakukan seawal tahun 1900. Malah dalam tahun 1940an, ada kajian dilakukan ke atas pelajar- pelajar dan tentera di UK. Dalam tahun 2013, terdapat satu kajian yang dijalankan ke atas warga emas yang mengalami gejala pneumonia, pesakit telah diberikan rawatan vitamin C bagi mengurangkan gejala pneumonia dan mengurangkan risiko kematian akibat pneumonia.

 

Kukuhkan Sistem Imun Tubuh Melawan Jangkitan Virus

Dalam satu laporan akhbar New Strait Times yang memetik temubual bersama Presiden Malaysian Medical Association (MMA) Dr. N. Ganabaskaran, beliau mencadangkan vitamin C sebagai salah satu vitamin penting diambil bagi meningkatkan sistem imun tubuh.

Selain vitamin C, Dr. N. Ganabaskaran juga mencadangkan pengambilan Vitamin E, Vitamin B6, zinc dan vitamin D.

 

 

 

Vitamin C Shaklee Bantu Kuatkan Sistem Imun. Dah jarang Demam, Selsema

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mari kuatkan Sistem Imun Badan Supaya Badan Kita Sendiri Kuat lawan Virus

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Pengguna Vitamin C Sejak 2011

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717/VITCSHAKLEE

Leave a Reply

Open chat