Duit Shaklee Bina Kandang Kuda Pusat Tahfiz

Duit Shaklee Bina Kandang Kuda Pusat Tahfiz

GUNA HASIL BISNES SHAKLEE BINA RESORT, LADANG KUDA, DAN TERNAKAN SERTA BANGUNKAN SEKOLAH TAHFIZ MERUPAKAN KEPUASAN BAGI MASTER HAJI ROSLAN.
.

Pada 7 Julai yang lalu kami berkesempatan untuk melawat Ayahanda Master Datuk Hj Roslan Ghazali di resort homestay merangkap kandang koleksi kuda serta ternakan beliau di Yan Kedah.
.

Siapa yang tak kenal Master Hj Roslan? Beliau merupakan Master Coordinator Shaklee berbangsa Melayu yang pertama dilahirkan di Malaysia sekitar tahun 90an.

Bagi kami pengedar Shaklee beliau merupakan salah seorang ikon living legend yang menjadi contoh hidup bahawa bisnes Shaklee ini adalah sebuah bisnes yang bertahan lama dn boleh dijadikan kerjaya!

Mana tidaknya, beliau sendiri sudah berkecimpung hampir 30 tahun dalam bisnes ini dan kini telah pun memiliki kebebasan masa dan kewangan di usia emas beliau.
.

Buat pengetahuan semua, resort kuda ini lebih merupakan cara beliau mengisi masa lapang sebagai hobi beliau yg mana ianya tidak menjana keuntungan jika dibandingkan dengan kos operasi kandang kuda yang memiliki sekitar 20 ekor kuda ini sahaja sudah mencecah puluhan ribu sebulan!

Apabila ditanya, Master Hj Roslan menjawab bahawa kepuasan seseorang itu berbeza-beza. Ada yang suka kereta besar…ada yang suka rumah besar…dan sebagainya!
Dan point seterusnya ini menarik :

ROGER BARNETT DAN SHAKLEE TIDAK PERNAH TANYA (PERTIKAI) KEMANA DUIT BONUS KITA DIBELANJAKAN!!

Tambah beliau sebagai memberi respons kepada mereka yang kembali mempersoal tentang etnik pemilik Syarikat Shaklee yang berbangsa Yahudi itu… katanya Islam tidak melarang kita bermuamalat dengan bangsa apa sekalipun termasuk Yahudi dengan syarat transaksi itu halal dan baik.
Sedangkan Rasulullah sendiri bermuamalat dengan bangsa yahudi seperti mencagarkan baju perang baginda untuk pinjam makanan.
.
Kalau semua pun berkaitan yahudi tak elok..jangan guna facebook.. jangan naik kapal terbang boeing! Semua tu yahudi punya!!

Bina Sekolah Tahfiz dengan duit bonus pendapatan dari Shaklee.
.

“Roger tak pernah tanya kita nak guna duit untuk apa pun…” ujar beliau.
Terkini Master Hj Roslan telah pun 90% siap membina sebuah banggunan sekolah tahfiz yang beliau infaq kan semata-mata untuk islam.
.

“Terpulanglah kalau dia (Roger) nak guna duit dia (sebagai individu) beri sumbangan kat mana- mana pun… dan terpulanglah kepada kita nak guna duit income bisnes kita untuk bina tahfiz atau bina apa sekalipun!! Yang penting Shaklee sebagai sebuah syarikat sudah banyak kali menegaskan bahawa Shaklee tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan keagamaan dan keganasan seperti pertubuhan Zionist dan sebagainya”. Tambah beliau lagi.

Berapa ramai Masters Melayu Islam yang dilahirkan dari bisnes ini? Berapa banyak zakat dan infaq yang mereka telah sumbangkan? Pernah kah Syarikat persoal?
.

Sewaktu lawatan singkat kami tersebut kami dibawa melihat pelbagai jenis kuda yang beliau miliki ada yang jinak ada yang kasar sikit… kuda-kuda ini dibeli dari pelbagai tempat dan ada diantaranya berharga sekitar RM 100 ribu ringgit!!
.

Selain itu kami juga di bawa melawat kandang rusa dan burung unta.
.
Anak2 kami pula di beri peluang makan manggis siap ajar lagi cara buka kulit manggis. Yalah budak2 generasi baru ni…mana tahu cara buka manggis.. dapat merasa buah manggis pun jarang2..

.

Jadi begitulah serba sedikit kisah lawatan kami ke ladang kuda Master Hj Roslan di Yan Kedah. Siapa yang berminat nak melawat boleh la ggogle search the ultimate horse riding di Yan kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat