PENGEDAR SHAKLEE SHAH ALAM

Pengedar Shaklee Paling Cun

Bebas PCOS

PCOS dan VIVIX, PCOS?

PCOS ataupun nama panjang dia Polycystic Ovary Syndrome merupakan salah satu penyakit yang boleh menyerang golongan wanita.Penyakit ini adalah normal bagi wanita yang mengalami penyakit polisitic ovari yang mana mereka menghasilkan banyak folikel daripada biasa pada setiap bulan.

Namun,bagi sesetengah wanita,polisitic ovari ini boleh melarat sehingga menjadi penyakit sindrom polisistik ovari (PCOS) yang mana selain daripada polisistik ovari,pesakit itu juga akan mengalami sindrom-sindrom yang lain.

Fakta-fakta penting berkenaan PCOS

  • Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.

Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:

  • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
  • Tahap hormon androgen yang tinggi, atau Polycystic Ovari

PCOS diagnosis boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.

Apa yang menakutkan untuk wanita yang mengalami masalah PCOS adalah wanita itu akan lebih berisiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.

PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.

Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur

Kesan-kesan PCOS kepada penghidapnya

  • Hormon sex menjadi tidak stabil.
  • Kebiasaannya ovari mengeluarkan sejumlah kecil hormon lelaki iaitu androgen.
  • Tapi penghidap PCOS akan mengalami lebihan hormon lealki dan ini menyebabkan perjalanan haid terganggu, tumbuh jerawat dan bulu-bulu yang tidak dingini.
  • Untuk kes yang lebih teruk, penghidapnya mungkin akan terkena kencing manis.
  • Ini kerana badan menghadapi masalah menggunakan insulin, makanya gula dalam darah akan meningkat.
  • Ia seterusnya boleh meningkatkan peluang pengidap PCOS mengalami diabetes.

Symptom PCOS

  • Jerawat
  • Berat badan naik mendadak dan susah turun
  • Lebihan rambut dimuka dan badan.
  • Rambut gugur
  • Period yang tidak teratur
  • Kesuburan terganggu.
  • Ramai penghidap PCOS akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan anak.
  • Tekanan.

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU DALAM MENINGKATKAN PELUANG UNTUK HAMIL

Vivix mengandungi kandungan resveratrol yang sangat tinggi.

Resveratrol bertindak sebagai anti oksida yang kuat berbanding antioksida yang lain. Anti oksida pula berfungsi memperbaiki dan melindungi sel sel badan dari rosak daripada radikal radikal bebas. Maksudnya disini, semakin tinggi anti oksida semakin kurang sel sel badan kita rosak.

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE BANTU TINGKATKAN PELUANG UNTUK HAMIL

Vivix TTC

Fungsi resveratrol dikalangan wanita ialah melindungi telur yang belum atau hampir matang dari kesan radikal bebas. Apabila telur dilindungi ini selamat dari rosak, ia meningkatkan peluang yang lebih tinggi untuk survive, membesar dan disenyawakan.

Vivix memberi tenaga

Fungsi resveratrol dikalangan lelaki pula melindungi dan memperbaiki kualiti sperma. Sekiranya sel sperma mempunyai kecacatan, Vivix membantu untuk memperbaiki sperma supaya kecacatan tidak berulang. Vivix juga memberi tenaga kepada sperma.

Selain itu,untuk membantu mengatasi masalah ini pengambilan GLA, ALFAFA DAN OMEGA GUARD secara konsisten insyaAllah dapat merawat masalag PCOS daripada lebih teruk.
Mari kita lihat serba sedikit fungsi supplement tersebut ;

GLA –> Mengimbangi dan mengawalaturan semula hormon-hormon wanita supaya kitaran haid kembali normal. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita dan memperbaiki simptom seperti kesakitan haid, Mood swing, retensi air dan sakit payudara.

ALFAFA–> Berfungsi sebagai detox untuk menyingkirkan segala kotoran dalam tubuh, merawat masalah keputihan wanita dan bertindak sperti kacip fatimah untuk mengetatkan kembali tempat intim wanita.

OMEGA GUARD –> PCOS menyebabkan peningkatan mendadak berat badan kepada pesakit, dengan pengambilan omega guard dapat membantu mengurangkan dan mengawal berat badan pesakit. Pertambahan berat badan yang mendadak turut menyumbang kepada kesukaran untuk hamil.

Leave a Reply

Open chat