Anak Tak Perlu Supplement Shaklee ?

Anak Tak Perlu Supplement Shaklee ?

“Anak kecik ajar makan real food je, tak perlu supplement”

Ada yang melontarkan kata-kata bila tengok kawan suap vitamin dekat anak.

Adakah kita sebagai ibu yakin pengambilan diet harian anak kita ni seimbang?

Tambah zaman sekarang ayam cucuk hormon, sayur terdedah racun, ikan tinggi merkuri, dapat protein yang dimasak suhu tinggi. Berapa % je protein yang tinggal.

Dah tu, apa je anak kita dapat?

Tu belum lagi anak-anak yang tak makan sayur, sejenis nak makan asi dan telur je, nak biskut je.

Aih banyak jenis tau peel anak-anak ni. Kita tak berada dalam kasut orang.

Tambah zaman sekarang yang sangat mencabar. Nak dapat vitamin D dari matahari pon susah.

Anak terkurung dalam rumah. Imun badan pon rendah.

Aih kalau nak sebut satu-satu banyak sangat la kelompongan yang ada.

Tak salah kita sebagai ibu untuk ikhtiar beri supplemen.

Tapi bukan lah sampai memaksa. Pilihan masing-masing.

Semua ibu nak berikan yang terbaik untuk anak-anak.

Cuma tak perlu judge bila orang beri supplemen je, kita nak kondem.

Kita rasa anak dah cukup nutrisi kita diamkan aja dalam masa yang sama doakan anak-anak kita dan anak orang lain terhindar dari sebarang penyakit.

Kan harmoni hidup gitu. Hati kita senang. Stress pon berkurang. Baru lah tak cepat tua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat